Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Bandar_Puteri

Lokasi

Stesen ini terletak diatas Jalan Puchong–Dengkil di Bandar Puteri, Puchong. Di sebelah timur stesen adalah kawasan perniagaan Bandar Puteri manakala di sebelah barat laut stesen adalah persimpangan Puchong Intan, Lebuhraya Damansara-Puchong. Juga terletak berhampiran stesen adalah kawasan perumahan dan industri Taman Puchong Intan, pasar basah Puteri Mart dan gereja Katolik Roman Church Of Our Lady Of Guadalupe.

Susunan stesen

L2
Platform
SP Arah Selatan Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Puchong Perdana)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
SP Arah Utara Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Taman Perindustrian Puchong)
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai sebuah platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]